Monday, April 21, 2014

MUNGKIN INI YANG DIA BACA :(

Nuffnang Ads
Tips Lupakan Kekasih Lama
Hari ini MediaSerius nak kongsi tips dan cara lupakan kekasih lama.. Kadang kala bercinta bagai nak rak tapi putus ditengah jalan.. selamat tak kene langgar kereta.. lain kali kalau nak putus biar tepi jalan :) Ok tidak kira lelaki atau perempuan jom lupakan BELIAU… baca tips ni..
Tips Lupakan Kekasih Lama
Delete dari semua yang boleh menghubungkan
Contoh terbaik delete dari facebook, twitter dan di handphone canggih korang tu.delete semua gambar beliau.delete semua benda yang boleh buat korang teringat kan beliau.delete massage,delete gambar. ni bagi mengelakkan korang terus mengongkong fikiran korang dari  terus ingt kat beliau.selagi korang dok ingat kat beliau macam mana nak  move on kan kan? Lakukan SEKARANG!
Elakkan bersua muka
Mula-mula nak hilangkan perasaan sayang,suka dan cinta korang kat sapa-sapa.korang haruslah berusaha untuk tak bersua muka dengan beliau. kalo terpaksa.macam orang tu satu kelas ke.jiran korang ke.elakkan dari tengok beliau. belajar untuk didik hati korang supaya kuat dari rasa sedih atau kecewa.selalulnya bila kita tengok orang yang kita suka gembira. rilek je. Jadi korang elak dari seksa diri korang dengan cara elakkan bersua muka.
.u
Berfikiran positif
Ni pun salah satu cara yang agak berkesan.bagi pendapat admin.korang masih takleh lupakan awek atau kekasih tu sebab nya korang mesti fikir yang korang takkan jumpa yang lagi baik dari beliau kan? Dan bila ada yang nak kenal korang.korang rasa EX korang tu lebih hebat dan lebih baik.korang banding banding kan.dan macam kita semua tahu.korang akan selalu menang kan orang yang korang sayang. Ada baik nya korang berfikiran positif.terima dia seadanya.mungkin kelebihan orang laen  korang tak nampak lagi di saat ni.tapi mungkin satu hari nanti.sapa tahu kan?
Berfikiran negatif
Berfikiran negatif kepada orang yang korang nak lupakkan tu. set mind korang yang beliau  beliau ni jahat dan akan terus lukakan hati serta jiwa korang. so prevention is better than cure la kan? kalo korang rasa rindu ke apa ke.cepat set mind korang yang orang tu langsung tak fikir pun pasal korang.so buat apa nak bersusah payah nak pikir pasal orang yang tak fikir langsung pasal kita kan? ini penting sebab dengan cara ni la kita akan move on dengan lebih tekad dan lebih kuat.
Tips Lupakan Kekasih Lama
Penuhi masa lapang
Ini penting supaya masa korang takda utk disia siakan untuk mengingati orang yang tak sepatutnya.kalo cuti cuti weekend tu kuar ngan member yang satu kepala. Pergi tepi pantai hirup udara segar sambil  makan jagung bakar.kan lebih indah tu? *ehem.tak abis abis ngan jagung kan? -,-*Mentang-mentang la admin duk terengganu suruh lepak kat pantai terus :) daripada korang buang masa dok fikir tentang orang yang tak sepatutnya. baik la korang enjoy dengan hidup sekarang.eh.muda hanya sekali.so penuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah ya.
Mengikut cara islam
Kita harus ingat Allah yang memberi perasaan itu dan Allah juga yang berhak mengambilnya balik dari kita.mintak doa banyak banyak supaya Allah ambil perasaan syg tu kalo itu bukan hak kita. Admin ada  pengalaman dengan seorang member ni.dia pernah bagitau betapa dia rindu sangat kat seorang perempuan ni.dia tak pernah contact pun dengan perempuan ni.just rakan sekuliyah je.tapi hati tertarik dan perasaan rindu tu datang. Admin tanya dia apa dia buat kalo dia rindu? dia kata dia amik wuduk dan solat 2 rakaan supaya perasaan tu hilang.begitu indah Allah mendidik hambaNya. Sebab kita tahu yang lebih berhak dirindui wajibnya Allah dan Rasulullah.
tips lupakan kekasih
Banyak sangat ni tips yang admin bagi kat korang kan? ehem.*padahal da takda idea dah.-,-* kepada sesiapa yang dalam keadaan sedih pilu, jiwa kacau atau jiwa bernanah. bley la amik pakai tips tips yang ni. mana tahu  mampu membantu korang dalam merawati hati korang kan? sesungguhnya  Allah tak merubah nasib seseorang itu melainkan dia berusaha untuk  merubah nasibnya sendiri.ayuhh bangkit! kuatkan semangat.


Sunday, April 13, 2014

announcement!!

dear visitor who oftenly visit my blog pages,i'm kindly going to hold my blog keep update..sorry for the inconvenience ...but when i get well soon, i;ll make it. #get well from privacy problems...smpat lg ker nak update blog time frust kena clash....you smart u think!

Tuesday, March 25, 2014

The Headline in this morning's



sebak bercampur duka'Extremely heartbreaking. Al Fatihah'

Malaysian newspapers ran striking black front pages Tuesday in tribute to the victims of Malaysia Airlines Flight MH370


Yang indah itu pertemuanYang manis itu kemesraanYang pahit itu perpisahanYang tinggal hanyalah kenangan :')

Monday, October 21, 2013

Rindu ex , but dia dah berpunya :') saya happy tengok awak bahagia even hati saya sakit :')

Kalau ada someone yang still terima awk atau still sayangkan awk even awk selalu buat mistake, awk patut hargai dia. Sebab dia yang terbaik

Monday, August 5, 2013

Bila ‘Amoy’ Sindir Muslimah yang Enggan Bertudung…



Jika sebelum ini ada yang memilih untuk berpuasa bagi menyelami keadaan rakan-rakan muslim, kini ada seorang gadis Cina pula memakai tudung.

apabila ada yang rakannya memberi komen Islam itu ‘simple’ (tidak menyusahkan), gadis yang dikenali sebagai Yun ini menyatakan, ‘simple tu lah remaja Islam sekarang tak boleh nak ikut.’

Hmm, agak pahit kenyataan itu untuk dihadam oleh sesetengah perempuan Islam hari ini bukan?


Tuesday, July 30, 2013

Pukul 3 pagi dinda ...



Pukul tiga pagi ...
bangunlah intan ...
kita bangun lagi, masak cendawan ...
bangun pagi-pagi hai renung ke awan ...
lepas gosok gigi, bawak2lah basuh cawan

Kanda pergi kerja jauh di kota ...
dinda jaga rumah jangan main mata ...
nanti petang kanda pulang ...
kita masak kacang panjang ...
dinda jangan bimbang ...
bujang! bukan mata keranjang ... sembahyang

( dialog ) Jam sudah pukul 3 pagi ... Apa lagi dinda bangunlah masak sahur ... Esok dinda boleh tidur lagi .... Sesudah itu kita tangguhkan bersenda gurauan .... puasa ...

Kalau bangun mesti pagi-pagi tau ... Jangan lupa renung ke awan Ha ha ha ha itu mesti selepas gosok gigi ... Selepas basuh satu cawan

Kanda pergi kerja Jauh di kota .... Dinda jaga rumah Jangan main mata sama Bangla ... Nanti petang kanda pulang ... Kita sembang sampai rembang ... Dinda jangan bimbang ... bujang Bukan mata keranjang ... kanda sembahyang ... hehehe .... 


https://www.facebook.com/pages/VAT-69-Perjuangan-Semalam/403142033068693?directed_target_id=0

Sajak kepada sesiapa yang berhajat menjadi komando...



"DATANGMU TAK KU UNDANG"

Datangmu tak ku undang,
Kenapa kau ke mari, kenapa kau datang,
Apa kau tak takut mati, tak takut kecundang,
Biar tubuhmu sasa semacam seladang, 
Sehebat mana semangatmu pasti kan hilang.

Kau mahu mencuba apa yang terhidang, 
Baik saudaraku, ku buka gelanggang, 
Kan kau menyesali harimu yang malang,
Kenapa kau datang, itu sudahku bilang, 
Jalanmu kengkang, matamu buntang, 
Semata kau mahu menjadi pejuang.

Dalam lumpur kau kan berkubang, 
Bersama rakan, terkadang sorang, 
Daun kau cari mengganti benang, 
Menjamu siput atau belukang, 
Berlari kau sampai terlentang, 
Sampai kulit kakimu jatuh lekang,
Mana yang lambat akan ku tendang, 
Darah kan mengalir, air mata kan bergenang. 

Jika kau tahan semua ku hadang, 
Ku sematkan beret hijau berlambang pak belang, 
Sekarang duduk kita sama rendang, 
Berdiri kita sama jinjang,
Bersama daulat negara kita julang. 

Semboyan keramat bergema memenuhi ruang, 
Kita kan mengibar jalur gemilang, 
Meninggalkan keluarga tercinta di belakang, 
Ramai yang mati, ramai yang hilang, 
Pilih yang mana, kita tak didendang,
Tiada pangkat, tiada bintang.

Jika kau masih sanggup bertandang, 
Ku jemput semua berdarah hulubalang,
Dari tanah padi berjelapang, 
Hingga ke negeri bawah bayu saujana memandang,
Namun jika jiwamu bimbang, 
Bergolak hatimu menahan walang,
Di sini bukan tempat sebarang, 
Jika ragu-ragu, sila pulang. 

FB Rejimen Gerak Khas
19 Ramadan 1434 H
!-- feed links -->